Pengikut

Isnin, 23 Julai 2012

SEJARAH SEKOLAH

Tititk awal bermulanya Sekolah Rendah Agama Tasek Tambahan adalah daripada menumpang di sebuah surau Tasek Tambahan yang terletak di Jalan 4/8 yang kini dijadikan dewan komuniti penduduk Tasek Tambahan.
Betapa pentingnya pendidikan agama bagi seluruh penduduk Tasek Tambahan. Usaha demi usaha dilakukan untuk memastikan pendidikan agama dapat diberikan kepada anak-anak mereka. Tambahan pula dalam kehidupan bandar yang sangat mencabarini.
Menyedari hakikat ini, pihak jawatankuasa bertindak telah memutuskan memohon satu peruntukan khas dari kerajaan pusat , agar dapat diperuntukan sebuah sekolah dengan bangunan yang selesa. Alhamdulillah permohonan tersebut diterima dan diluluskan.
Setelah permohonan berjaya maka, bermulalah proses pembinaan Sekolah Rendah Agama Tasik Tambahan. Akur dengan keadaan tersebut, semua pihak memberi kerjasama. Sementara bangunan siap didirikan, pelajar-pelajar menumpang sementara di Sekolah Kebangsaan Taman Tasek. Ini kerana bangunan surau yang digunakan selama hari ini tidak dapat menampung lagi pertambahan pelajar dari masa ke semasa.