Pengikut

PENGENALAN


Titik awal bermulanya Sekolah Rendah Agama Kg. Tasik Tambahan adalah daripada sebuah bangunan bekas surau untuk penduduk Qariah Kg. Tasik Tambahankemudian sebagai Masjid sementara yang begitu sempit dan sesak telah menjadi ilham kepada Jawatankuasa dan keselamatan kampong ( JKKK ) untuk dijadikan kepada sebuah kelas Fardhu Ain bagi anak-anak tempatan.

Dari tahun ketahun, sekolah yang sempit itu telah diubah suai secara bergotong-royong beberapa kali bagi menempatkan kehadiran murid-murid baru. Namun ianya tidak dapat menampung apa yang telah dirancang oleh ahli jawatankuasa kerana kepesatan pembangunan daerah Ampang. Oleh kerana pertambahan pelajar semakin ramai dan keadaan tempat belajar yang kurang selesa, pihak jawatankuasa bertindak telah memutuskan memohon satu peruntukan khas dari kerajaan pusat. Al-Hamdulillah, permohonan tersebut diterima dan diluluskan.

Sekitar awal tahun 90-an, bangunan baru (3) tingkat telah didirikan yang mengandungi 13 bilik darjah, 1 bilik guru, 1 surau, 1 bilik Guru Besar dan 1 ruang pejabat. Bangunan ini telah memuatkan 1,200 orang murid pada masa itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan